Wednesday, 7 December 2011

waktu kesepian... minda lantas memikirkan sesuatu,tentang apa?

merungkai kenyataan di atas... apa yang perlu kita fikirkan saat kesepian? adakah cinta? perkara/peristiwa silam, yang manis atau pahit?





'mungkin si comel ini sedang memikirkan sesuatu' - seandainya anda mempunyai 2 persimpangan , yang manakan yang anda pilih untuk menyusurinya? bukankah anda terpaksa melepaskan salah satu daripadanya? Ya/ Tidak (buatlah pilihan dan keputusan yang bijak)



jawapannya, terpulang pada anda. anda yang lebih memahami apa yang tersurat dan tersirat di hati. bagi saya, cinta merupakan sesuatu yang sukar diungkap dengan kata-kata. sejauh manakah cinta yang anda rasa?
dan ianya dituju pada siapa? adakah perasaan itu bagus atau sebaliknya?

mengenal cinta: 'perasaan yang dipendam dan diselimuti rindu padanya'. bagi saya, cukuplah kita mencintai seseorang sekiranya kita tidak mampu mencintai dan menyayangi diri sendiri. apa yang perlu kita lakukan? keputusan terletak di tangan kita. apakah jika suatu hari nanti, kita bertemu dengan cinta 'adam dan hawa' kita akan b'kenalan lalu bercinta?

cinta yang benar adalah dimana, Syurga Cinta (tajuk filem) saling berpandangan lalu turun ke hati dan berkahwin. itulah cinta yang insya'allah akan kekal abadi. kata2 ini merupakan jenis2 cinta yang dilafazkan dari bibir seorang atuk kepada lelaki yang tulus mencintai cucu tunggalnya. hati lelaki tersebut mula berpaut pada cinta allah dimana telah menginsafi akan perbuatan yang telah dilakukan yaitu mempermainkan hati wanita tersebut angkara terpedaya akan cabaran sahabat karib yang lansung tidak memikirkan tentang nilai jiwa dan perasaan seseorang.

lantas, dari kata-kata itu menbuat aku terfikir sejenak. apakah bentuk cinta yang selama ini ku cari? apakah cinta dari syaitan/jin atau Allah swt.

fikirlah tentang cinta yang membawa anda ke jalan yang diredhai bukan dimurkainya.

'sesal dahulu, sesal kemudian tidak berguna' 

nantikan ceritera hidup si penulis blog 'Aku Dan Ummi' yang bakal dirungkai secara lansung di laman ini sahaja.

No comments:

Post a Comment