Kehidupanku tidak terkecundang dari fitrah kehidupan manusia. amat memerlukan udara untuk melakukan sesuatu. memerlukan air untuk terus berjalan dan amat memerlukan segala-galanya kurniaan allah swt untuk terus berada di buminya.
pertanyaan saya, apa yang ada pada otak (akal) kita?
memori kan?
kita mampu berfikir, bergerak, menyentuh, melihat, mendengar, membau, mengucap, berbicara, dll. apakah penting semua ini? apakah ada diantara kita yang masih lagi melampaui batas. cuba tanya pada diri kita sebelum bertanya pada insan lain. renung sejenak, apakah kita mahu menderhakai seluruh pemberian allah swt kepada kita?
pernah atau tidak kita bertanya pada diri tentang 1 soalan ini, "siapa yang mencipta aku?" wahai pembaca, kita hanya manusia biasa, yang amat bergantung pada kurniaan allah sepenuhnya. sedarlah, jangan kamu berjalan di bumi allah swt ini dengan kesombongan.cuba fikir, seandainya udara,air, bahkan tanah tempat kamu berpijak di caj oleh allah? berapakah nilai kesemuanya?
ternyata kesemuanya adalah PERCUMA!! allah amat mencintai hambanya yang bersyukur padanya. saya juga insan biasa, yang penuh begelumang dengan dosa. oleh itu, saya mahu mengajak semua pembaca agar melihat tanda kebesaran allah swt agar kita tidak lagi terpedaya jua terkecundang ke lembah kehinaan dan kebencian umat manusia seluruhnya.
ingatlah dan senantiasalah kamu berdoa "Ya allah, jangan engkau tarik hidayah, setelah engkau memberi aku hidayah" kata-kata ini terlafaz di bibir seorang selebriti tanah air yang telah menemui hidayah allah. Wardina. yang juga pengacara TV3. alangkah bertuahnya insan ini, diberi hidayah setelah menempuhi pahit dan manis (dugaan) dunia.
jika boleh dikatakan, wardina merupakan salah 1 contah bagi saya. jika dilihat dari sudut caranya berkomunikasi, bagi saya beliau tidak sombong malah amat mesra. saya dapat rasakan walaupun saya belum pernah bertemu dengannya. saya amat mengimpikan 1 ketika dimana saya juga akan menjadi contoh pada yang lain. tapi ternyata, impian itu mungkin masih jauh hanya yang Esa saja yang maha mengetahuinya.
sekian, wallahu 'alam
kadangkala kita tak sedar yang kita ni lebih hina dari insan yang kita hina. jadi, jgnlah kita menghina insan lain. hanya allah shj yang berhak menilai hambanya. ingatlah, kita tiada Hak utk MENGHINA!!
ReplyDelete