Tuesday, 6 December 2011

rindu! kepada siapa dan untuk apa? cuba kita renungkan sejenak

adakah anda menyayangi ibu anda? sejauh manakah kebenaran itu? mungkin 1/2 dari hidup anda, atau 2/3, atau.......

kita tidak mampu menilai kasih kita pada ibu. apakah ibu mampu untuk menilai kasihnya pada kita? luangkan masa seketika untuk anda renungkan kembali. apakah kita mengutamakan ibu atau membelakangkan seorang ibu dalam hidup kita. 

sebagai seorang manusia, kita tentu mempunyai seorang ibu (baik yang masih hidup atau yang telah kembali kepangkuan ilahi). apa yang bermain di fikiran saya kini, adakah kasih anak pada ibu dan bapa itu sama. bagi saya, saya sayang pada ke-2nya. kerana mereka, saya dapat berada di tempat di mana saya ada sekarang

amat sukar untuk kita menghitung kasih mereka kepada kita, kerana ia terlalu banyak. cuba bayangkan, sejumlah wang yang digadai demi sakit , makan minum kita, pakaian, dan permainan dikala waktu kecil misalnya. berapa banyakkah nilai itu semua? apa pernah mereka persoalkan? dan apa yang patut kita lakukan sebagai seorang anak? menderhakai mereka / menyayangi mereka? fikirlah selagi kita mampu dan berdaya untuk memikirkannya.

saya adalah salah seorang anak yang teramat mencintai ibu (ummi). amat indah dunia ini, diciptakan ibu dan bapa yang masih mencintai kita sedangkan mereka dihujani dengan permasalahan dari kita kecil hingga kini seorang remaja yang bakal bergelar dewasa, dan seterusnya.

mungkin apa yang mampu saya katakan sekarang adalah 'cintailah ibumu'. dari kecil hingga kini bergelar remaja kasih ibu tetap tidak berbelah-bagi. cuba anda meletakkan diri anda di tempat ibu. apakah yang bakal anda rasa sekiranya anak-anak anda tega mengabaikan anda? apakah anda akan memaafkannya? ya.. seorang ibu tidak pernah akan berkecil hati kerana mereka (ibu) memahami dan tahu bahawa anak-anak tidak akan pernah menjiwai perasaan murni seorang ibu. jadi, tolong cubalah fahami jiwa seorang insan suci yang sanggup membesarkan kita dari sebesar tapak tangan hingga sekarang walaupun bukan memahami sepenuhnya kerana saya yakin, kita tidak akan bisa menggambarkan kasih ibu yang setia hingga ke penghujung nyawa kita yang terakhir.

mungkia ada yang berpandangan, penulis blog 'Aku Dan Ummi' ini seorang yang berjiwa sentimental / sensitif dan sebagainya. mungkin ada benarnya. kerana apa? kita diciptakan dan lahir dari perut wanita itu (ummi). fikirkanlah selagi ibu kita wujud di pandangan mata kita.




cuba kita pejamkan mata, dan bertanya pada pencipta 'ya allah, apakah dosaku pada ibu? insan yang telah engkau ciptakan buat aku dan seluruh umat manusia?' jika hati kita terasa sebak / meronta2 mencari ibu untuk meminta kemaafan. pohonlah maaf selagi ibumu masih bernyawa. seandainya ibumu telah kembali pada yang Esa di saat engkau membenci ibumu, pintalah keampunan melalui doamu dan hadiahkanlah mereka 1 hadiah yang paling bermakna '' Ya Allah, kasihilah ibuku serta bapaku seperti mana mereka mengasihiku dikala ku kecil'' jua Surah Al-fatiha sebagai hadiah yang terakhir darimu buat ibu yang pernah berada disisimu setiap ketika dikala engkau teramat memerlukannya. Insya'allah, kebahagiaan itu mampu dirasai jika kita benar-banar insaf.

sebagai seorang anak, cuba kita rancang 1 peluang untuk kita dan ibu berada di 1 tempat dimana ketenangan bisa dirasai. pohonlah kemaafan di waktu itu. buktikanlah yang anda adalah anak yang baik jua soleh/solehah. kejarlah peluang ini selagi anda memiliki peluang. kerana peluang yang datang sukar untuk diganti dan jangan sampai hati kamu berduka seumur hidup dan pada saat itu semuanya sudah tiada erti lagi. ibumu sudah tiada di sisimu, dia sudah meninggalkanmu buat selamanya. kerana ia sudah dijemput oleh pencipta yang juga pemilik alam ini. kepergian seorang insan yang amat mencintaimu sudah pergi buat selama-lamanya.

' wahai anakku yang tersayang, jagalah dirimu baik-baik. kerana ibu akan dipersoalkan oleh tuhanmu akan apa bakti dan pengorbanan jua didikan ibu dalam membesarkanmu selama kamu dibawah jagaan ibu, ampunkanlah dosa ibu seandainya ibu ada menyakitimu. walaupun kamu tidak pernah menyakiti ibu'

tamat!!


semoga anda terus membaca blog pada hari yang mendatang. ini kerana jika diizinkan allah, dan saya ada sedikit kelapangan, blog ini akan dikemaskini !

1 comment:

  1. lakaran hati seorang anak yang tidak mahu berpisah dengan ibunya sedangkan ia harus menerima kenyataan yang setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

    ReplyDelete